Here In My Home - Malaysian Artistes For Unity

Friday, 25 December 2015

Taman Aroma Ku.

Dah berabuk dah blog ni tapi tak apalah. Ini peluang terbaik nak hidupkan semula dengan bercerita tentang pembikinan taman aroma di halaman rumah aku.

Inilah rekod bunga-bunga beraroma yang sedang berkembang di halaman aku waktu ini.

1.Yesterday, today, tomorrow




Nama Tempatan:Yesterday, today, tomorrow
Nama Saintifik:Brunfelsia pauciflora)
Nama Lain:Brunfelsia biru,Morning-Noon-and-Night,Brunfelsia Floribunda


Antara yang terawal ditanam tapi yang asal sudah lama terkorban. Syukur yang kini masih gagah kekal di laman.

2. Melur 



Nama Tempatan:Bunga melur
Nama Saintifik:Jasminum Sambac
Nama Lain:bunga melati, arabian jasmin, jasmin, yasmin

Juga antara terawal yang ditanam. Ada dua jenis, melur biasa dan Duke of Tuscany dan jenis kedua yang dibawa dari rumah ibubapaku di Ipoh dah banyak kali mati hidup semula dan masih menunggu ia berbunga semula.

3. Bunga Jeliti


Nama Tempatan:Jeliti
Nama Saintifik:Wrightia Religiosa


Bunga yang cukup mewah kewangiannya bila sedang musim ia berbunga.


4. Bunga Kemuning



Nama Tempatan:Kemuning
Nama Saintifik:Murraya paniculata [L] Jack
Nama Lain:Sedap malam, sunda,orange jasmine


Selalu mekar berpasang dengan bunga jeliti. Bila berlaku, memang nyaman sekali halaman rumah.

5. Kenanga Renek



Nama Tempatan:Kenanga Renek
Nama Saintifik:Cananga Fruticosa

Tidak sewangi kenanga hutan dan susah nak berbunga sikit. Nampaknya kena cari pohon kenanga hutan atau ylang-ylang juga.

6. Bakawali



Nama Tempatan:Bakawali
Nama Saintifik:Epiphyllum anguliger
Nama Lain:ric rac cactus,moon cactus, queen of the night


Bunga yang paling susah nak hidup dan berbunga. Dapat berbunga sekali saja tapi sekarang dalam keadaan hendak hidup semula selepas diserang parasit.  Harum tahan semalam sahaja.

7. Anggerik Desa

Nama Tempatan:Anggerik Desa
Nama Saintifik:Dendrobium crumenatum
Nama Lain:Anggerik desa,orkid merpati, sepulih anggerik, sakat harum, tokmaisi,orkid desa,pigeon orchid, white dove orchid,daun seputih tulang, angerek bawang, bunga angin

Haruman zaman kecilku. Dapat dari pelbagai sumber tapi yang paling galak berbunga ialah ini yang ku bawa dari kampung.

8. Sundal malam

Nama Tempatan:Sundal malam
Nama Saintifik:Polianthes tuberosa

Satu lagi susah hidup dan berbinga di halaman ku. Macam ada benda suka beradu atasnya. Tapi bila berbunga masyaAllah baunya harum sekali.

9. Bunga Melur Cina


Nama Tempatan:Bunga Cina / Melur Cina
Nama Saintifik:Gardenia Augusta


Antara bunga yang paling cun di laman. Dan wangi semerbak.

10. Angel hair Jasmine

Nama Tempatan:Tiada
Nama Saintifik:Jasminum Multiflorum
Nama Lain:Angel Hair Jasmine, Downy Jasmine

Bunga dari India yang harum. Ini rajin untuk berbunga dan kekadang tidak berhenti.

11. Bunga Cina




Nama Tempatan:Bunga cina
Nama Saintifik:Tabernaemontana Corymbosa Flore Pleno
 Nama Lain:,Bunga susu, susoh ayam(Melayu)

Bunga sama keluarga dengan susun kelapa tetapi versi selapis. Biasanya berbunga sama waktu dengan susun kelapa.

12. Susun kelapa



Nama Tempatan:Susun kepala
Nama Saintifik:Tabernaemontana coronaria
Nama Lain:manda kaki




Lagi cantik dari adik beradiknya Bunga Cina dan lebih harum wanginya.

13. Cempaka Wali


Nama Tempatan:Cempaka Wali
Nama Saintifik:Tabernaemontana africana
Nama Lain:Samoan Gardenia


Bagi saya bunga spesis Tabernaemontana yang terwangi dan menjadi raja laman waktu ini. Bunga tahan untuk beberapa hari sebelum gugur dan wanginya bukan sahaja pada malam hari tetapi siang juga.

14. Kembang Bugang

Nama Tempatan:Kembang Bugang
Nama Saintifik:Clerodendrum calamitosum
Nama Lain:White Butterfly

Pokok yang manja sikit tak tahan panas walaupun berasal daripada jawa. Tapi mempunyai bentuk yang unik dan menarik.

15. Bunga kesidang


Nama Tempatan:Kesidang
Nama Saintifik:Vallaris glabra
Nama Lain:Kerak nasi, tikam seladang, bread flower

Satu lagi bunga sukar berbunga kalau tak kena keadaan. Tapi bila berbunga boleh lawan cempaka wali dari segi keharuman. Antara beberapa pohon jenis menjalar di halaman dan perlukan lebih perhatian supaya elok tumbuhnya.

16. Bunga Tongkeng


Nama Tempatan:Bunga Tongkeng
Nama Saintifik:Telosma Cordata
Nama Lain:bunga stokin, Chinese violet, Fragrant Telosma, Tonkin jasmine

Bunga memula jumpa di Amcorp Mall tapi malangnya yang itu dah mati mungkin fasal jenis terlindung sebelum ini. Yang ada sekarang dibeli di nursery biasa dan lebih tahan.

17. Bunga Peridi




Nama Tempatan:Bunga Peridi
Nama Saintifik:Lonicera japonica
Nama Lain:
Japanese honeysuckle

Bunga menjalar yang perlukan banyak air untuk penumbuhan. Salah satu bunga berwarna kuning seperti bunga tonkeng untuk mempelbagaikan warna taman.

18. Bunga Jambangan Pengantin


Nama Tempatan:Bunga Jambangan Pengantin
Nama Saintifik:Stephanotis floribunda
Nama Lain:
Bridal Bouquet

Bunga menjalar terbaru diperolehi. Nampak macam boleh buat menjalar cantik tapi kita tengok nanti.

19. Akar Dani


Nama Tempatan:Akar dani
Nama Saintifik:quisqualis indica L.
Nama Lain:udani,aradani,akar pontianak,setanduk, rangoon creeper, chinese honeysuckle

Raja bunga harum menjalar di taman. Juga bunga kegemaran arwah Pak Mertua dahulu dan ada tiga pohon membentuk pergola di laman

20. Cempaka Putih



Nama Tempatan:Cempaka
Nama Saintifik:Michelia champaca Alba

Cubaan pertama menyimpan pohon yang biasanya akan membesar tinggi tetapi dikatakan ini versi renek. Kita tengok camana tapi memang renek lagi dah berbunga.

21. Bunga Gardenia Cape Jasmine

Nama Tempatan:Cape Jasmine
Nama Saintifik:Gardenia jasminoides


Bunga Gardenia yang besar tetapi jarang nak tumbuh. Keharuman yang menarik dan lembut.Spesis sebenar sedang dikaji fasal baru dibeli dan penjual pun tak pasti.

22.  China Inkberry


Nama Tempatan:China Inkberry
Nama Saintifik:cestrum diurnum
Nama Lain:Day Jessamine, Day Cestrum, White Chocolate Jasmine

Pembelian terkini sementara menantikan pasangan malamnya lady of the night atau Night Cestrum. Wangi memang memukau.

23. Sundal Malam Kampung





Nama Tempatan:Sundal malam kampung
Nama Saintifik:cestrum nocturnum
Nama Lain:Night Jessamine, Santalia, Lady of the night




Sudah dapat tag team partner malamnya. Jadi yang siang akan bersilih ganti malam hendaknya


 24. Angel Wing Jasmine



    Nama Tempatan:Tiada
Nama Saintifik:Jasminum Nitidum
 Nama Lain: Star Jasmine


Pembelian pelengkap spesis yang sudah ada dalam taman.

 25. Kenanga Kampung




Nama Tempatan: Kenanga Kampung
Nama Saintifik: Cananga Odorata
Nama Lain:Kenanga Pokok, Ylang-ylang

Alhamdulillah dapat juga akhirnya. Terserlah bauh zaman mudaku di Ipoh.

26. Gardenia Thai



Nama Tempatan:Gardenia Thai
Nama Saintifik:Gardenia gjellerupii


Alhamdulillah gambar bunga sulung di taman sudah ada. Semoga banyak lagi bunga bakal berputik. insyaAllah.

27. Bakawali II



Nama Tempatan:Bakawali Baka Indonesia
Nama Saintifik:Epiphyllum anguliger
Nama Lain:ric rac cactus,moon cactus, queen of the night

Bakawali jenis kedua berbunga. Ada satu lagi muda lagi/ Tapi yang ni memang lawa betul.

28. Gardenia 

Nama Tempatan:Tahiti Gardenia 
Nama Saintifik:Gardenia taitensis

Satu lagi jenis gardenia yang akhirnya berbunga selepas beberapa tahun menunggu. Kurang pasti varietal apa kerana bunga sulung ni seperti tidak sempurna kembangnya walaupun amat wangi. Nota : Selepas kajian dibuat jumpa dah nama spesis.


29. Mayang Sari




Nama Tempatan                     :Bunga mayang sari
Nama Saintifik:Citharexylum spinosum
Nama Lain:Benang sari,Jamaican fiddlewood, bunga sari, bunga harum sundal malam, bunga sedap malam,spiny fiddlewood
Famili:Verbenaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan hiasan
Asal:India Barat

Pokok bunga mayang sari yang menghasilkan gugusan bunga putih berbau wangi terutamanya pada waktu malam rajin berbunga hampir sepanjang tahun. Sukakan kawasan yang menerima pancaran matahari yang banyak untuk menghasilkan bunga. Lama mencari tapi sekali dapat dua pasu sekali.

30. Gardenia Rose.



Nama Tempatan:Gardenia Mawar
Nama Saintifik:Gardenia veitchi

Terjumpa di Seremban spesis yang menyerupai ros tetapi senang dibeli. Bagi saya lagi harum dari ros dan tidak leceh membelanya. Beza cuma bilah dah tua ia juga bertukar kuning macam gardenia lain.



Lain-lain bunga akan ditambah bila tiba masanya.