Here In My Home - Malaysian Artistes For Unity

Wednesday, 21 October 2009

Kenapalah Gamaknya?

Aku tak tahulah tapi dah beberapa kali dah bebudak sekolah tahfiz datang berjumpa aku nak jual barang untuk pembiayaan atau minta sumbangan untuk pembelajaran mereka, termasuk yang terbaru ni. Apsal kalau nak jadi tokoh agama ni nampaknya kena mengalami kehidupan dhaif, perlu mengemis ke sana sini macam sami2 agama lain. Tak boleh ke jadi macam aku pernah tengok dalam sinetron Indon seorang ulama yang berkelana sebenarnya hartawan yang membawa derma ke pelusuk daerah bagi pihak yayasan dakwahnya, sedangkan orang kampung mensyakinya sebagai orang miskin yang sanggup mencuri untuk pembiayaan hidup. Apsal tak leh jadi macam Saidina Abu Bakar atau Saidina Umar yang jadi contoh hartawan Islam untuk menjadi tokoh Islam? Hakikatnya dari pandangan mata kasar aku kebanyakan bebudak ni bukannya terdiri dari golongan kurang kemampuan, bahkan aku rasa keluarga mereka sebenarnya mampu nak membantu sebanyak mana pun. Kalau tidakpun baitulmal-baitulmal kat negara ni yang dilaporkan melimpah ruah harta wakaf sepatutnya boleh membantu jika diminta memberi bantuan, jadi kenapa tidak meminta bantuan daripada pihak yang sepatutnya?

Bukan apa dari pengamatan aku juga bebudak sekolah tahfiz anjuran NGO yang berwibawa macam Perkim yang ada sebuah kat kejiranan aku tak ada dan tak perlu pun membuat kerja mengemis ni. Depa rilek aja mengalami kehidupan sebagai bebudak sekolah asrama, cuma perlu belajar dan menghafal apa yang sepatutnya dan lepas tu boleh beriadah dan menjalankan ibadah yang sepatutnya mereka jalankan. Dan pengamatan aku juga menunjukkan bebudak yang mengemis ini biasanya datang dari sekolah agama/tahfiz/pondok swasta yang sebenarnya dikerah untuk dipergunakan sebagai jurujual percuma barangan pihak swasta itu, tak kisahlah kopi kuat ke, vcd agama ke apakebendanya pun. Jadi bila gamaknya mereka tu nak mentelaah untuk menjadi seorang tokoh agama, sedangkan waktu2 terluang seperti waktu petang/cuti mereka keluar berkeliaran di pusat-pusat awam, R&R lebuhraya maupun zoo negara.

Bila agaknya pihak berwajib nak menyiasat dan membendung gejala ini sedangkan aku masih ingat tak berapa lama dulu ada kejadian kemalangan jalanraya di mana dua tiga bebudak ini maut dalam perjalanan pulang dari tugasan luaran ini sedangkan ibubapa mereka tak tau menahu pun anak-anak mereka kena lakukan tugasan ini. Jadi kecohlah sekejap mak bapak bebudak sekolah itu minta pihak berwajib siasat kenapa anak-anak mereka dipergunakan tanpa kebenaran mereka, tapi seperti biasa senyap aja tanpa konklusi maupun resolusi. Yang pasti kegiatan ini masih berleluasa, dan aku pun menulis dalam bahasa melayu ni pun fasal malu tak mau masyarakat antarabangsa terhidu benda mengaibkan ini, dan napak gayanya sampai kesudahlah masalah ini tidak dapat diatasi. Bagi aku senang aja, bebudak ni aku tak layan pun walaupun sedih melihat kehampaan mereka sebagai cara pembedungan aku tersendiri, aku cuma derma terus kepada organisasi yang datang ke surau atau masjid, fasal aku pasti yang ini telah diperiksa dahulu keperluan mereka dan bukan untuk menjadi habuan mereka yang rakus dan tak malu menggunakan agama untuk kepentingan sendiri.

3 comments:

Anonymous said...

I totally agree with you and am very perplexed as to why this practice of manipulating those children and in the name of dakwah has been allowed to continue in broad daylight!

Tuan Zahara Rohana said...

Begitulah rupenye maanusia zaman La nie dik..berselindung disebalik tirai yang tipis,mengungkap kata-kata yang menakutkan kepada anak-anak kecil itu,dengan janji kononnye ALLAH murka jika mereka tidak membuat kerja2 yang dikatakan sebagai satu ibadah.Towards usahawan yang berjaya kononnye..institusi sebegini dah tumbuh bagai cendawan..kedhaifan terserlah bak rumah pondok yang facilities are very minimum...tapi masih ada mak bapak yang menghantar anak-anak mereka ketempat sedemikian...wallahuallam...

yazid said...

mochi,
Dulu ada kat TV3 ada siarkan phone dialog dalam slot 360, masa tu ada seorang pemanggil yg juga seorang yg membuka pusat tahfiz dan jugak menguruskan pusat utk anak2 yatim. Dia menerangkan secara terperinci dari mana dan kemana pendapatan, pengurusan pusat di bawah jagaan dia. Bagusnya dia dgn cara yg sangat educated dan berhemah, bahawa segala permohonan utk mendapatakan dana telah dibuat ke majlis2 agama negeri, jpm, pusat zakat dll tapi yg tak behemah dan kurang cerdik ialah hosnya yg menyindir seolah2 "semua pusat2 macam ni adalah penipu atas alasan dia adalah wartawan dan dia tahu segalanya" which is really pathetic and unfair punya statement.

btw, pasal apa ko susah sangat nak masuk kat mymil.aimoo.com? cerita pasal makan sudahlah.