Here In My Home - Malaysian Artistes For Unity

Friday, 26 July 2013

Obsesi Ku Kini -Edisi 2 Pisau Comel

Dalam aku sibuk membuat koleksi parang, aku telah dialpakan pula untuk mengumpul pisau-pisau kecil bersaiz tujuh inci ke bawah setelah mendapat sebilah sebagai hadiah dari seorang tukang kayu dari Kota Belud Sabah.

Tetapi tulisan ini bukanlah nak bercerita tentang koleksi yang ada, kita simpan dulu ya. Kali ni saya cuma nak ketengahkan bagaimana seni kayu dalam pembuatan pisau ini menyerlahkan hakikat bahawa walaupun pembuatnya sama, kombinasi bahan dan pembuatan hasil kerja tangan tukang tidak memungkinkan keluaran yang seragam macam pembuatan kilang.






Di atas adalah contoh pembuatan empat bilah pisau lapah dalam siri kayu krismas dan panjang bilah spring enam inci ke bawah oleh Tukang dipanggil Cekgu Cepoi. Nampaknya siri ini mendapat sambutan dan milik saya sendiri adalah yang nombor tiga ke bawah. Walaupun mungkin kurang bernilai dari segi bahan, tapi bagi saya nilai seninya tetap tinggi. Saya perhatikan seni kayu ini sekarang sedang giat diperjuangkan oleh tenaga pengajar kita sendiri, samada sebagai tukang sendiri atau paling kurang sebagai tukang jual. Syabas saya ucapkan dan semoga semua mendapat pengiktirafan seperti Cekgu Cepoi yang cerita mengenainya pernah tersiar di dada suratkhabar tempatan seperti di bawah. 


Jika minat mengetahui lebih lanjut tentang hasil-hasil tangannya yang  lain atau untuk membuat pesanan, lawatilah blognya di ===> jarigatal

No comments: