Inilah rekod bunga-bunga beraroma yang sedang berkembang di halaman aku waktu ini.
1.Yesterday, today, tomorrow
Nama Tempatan: | Yesterday, today, tomorrow |
Nama Saintifik: | Brunfelsia pauciflora) |
Nama Lain: | Brunfelsia biru,Morning-Noon-and-Night,Brunfelsia Floribunda |
Antara yang terawal ditanam tapi yang asal sudah lama terkorban. Syukur yang kini masih gagah kekal di laman.
2. Melur
Nama Tempatan: | Bunga melur |
Nama Saintifik: | Jasminum Sambac |
Nama Lain: | bunga melati, arabian jasmin, jasmin, yasmin |
Juga antara terawal yang ditanam. Ada dua jenis, melur biasa dan Duke of Tuscany dan jenis kedua yang dibawa dari rumah ibubapaku di Ipoh dah banyak kali mati hidup semula dan masih menunggu ia berbunga semula.
3. Bunga Jeliti
Nama Tempatan: | Jeliti |
Nama Saintifik: | Wrightia Religiosa |
Bunga yang cukup mewah kewangiannya bila sedang musim ia berbunga.
4. Bunga Kemuning
| |||||||
5. Kenanga Renek
Nama Tempatan: | Kenanga Renek |
Nama Saintifik: | Cananga Fruticosa |
Tidak sewangi kenanga hutan dan susah nak berbunga sikit. Nampaknya kena cari pohon kenanga hutan atau ylang-ylang juga.
6. Bakawali
Nama Tempatan: | Bakawali |
Nama Saintifik: | Epiphyllum anguliger |
Nama Lain: | ric rac cactus,moon cactus, queen of the night |
Bunga yang paling susah nak hidup dan berbunga. Dapat berbunga sekali saja tapi sekarang dalam keadaan hendak hidup semula selepas diserang parasit. Harum tahan semalam sahaja.
7. Anggerik Desa
Nama Tempatan: | Anggerik Desa |
Nama Saintifik: | Dendrobium crumenatum |
Nama Lain: | Anggerik desa,orkid merpati, sepulih anggerik, sakat harum, tokmaisi,orkid desa,pigeon orchid, white dove orchid,daun seputih tulang, angerek bawang, bunga angin |
Haruman zaman kecilku. Dapat dari pelbagai sumber tapi yang paling galak berbunga ialah ini yang ku bawa dari kampung.
8. Sundal malam
Nama Tempatan: | Sundal malam |
Nama Saintifik: | Polianthes tuberosa |
Satu lagi susah hidup dan berbinga di halaman ku. Macam ada benda suka beradu atasnya. Tapi bila berbunga masyaAllah baunya harum sekali.
9. Bunga Melur Cina
Nama Tempatan: | Bunga Cina / Melur Cina |
Nama Saintifik: | Gardenia Augusta |
10. Angel hair Jasmine
Nama Tempatan: | Tiada |
Nama Saintifik: | Jasminum Multiflorum |
Nama Lain: | Angel Hair Jasmine, Downy Jasmine |
Bunga dari India yang harum. Ini rajin untuk berbunga dan kekadang tidak berhenti.
11. Bunga Cina
Nama Tempatan: | Bunga cina | ||
Nama Saintifik: | Tabernaemontana Corymbosa Flore Pleno |
Bunga sama keluarga dengan susun kelapa tetapi versi selapis. Biasanya berbunga sama waktu dengan susun kelapa.
12. Susun kelapa
| |||||||
13. Cempaka Wali
Nama Tempatan: | Cempaka Wali |
Nama Saintifik: | Tabernaemontana africana |
Nama Lain: | Samoan Gardenia |
Bagi saya bunga spesis Tabernaemontana yang terwangi dan menjadi raja laman waktu ini. Bunga tahan untuk beberapa hari sebelum gugur dan wanginya bukan sahaja pada malam hari tetapi siang juga.
14. Kembang Bugang
Nama Tempatan: | Kembang Bugang |
Nama Saintifik: | Clerodendrum calamitosum |
Nama Lain: | White Butterfly |
Pokok yang manja sikit tak tahan panas walaupun berasal daripada jawa. Tapi mempunyai bentuk yang unik dan menarik.
15. Bunga kesidang
Nama Tempatan: | Kesidang |
Nama Saintifik: | Vallaris glabra |
Nama Lain: | Kerak nasi, tikam seladang, bread flower |
Satu lagi bunga sukar berbunga kalau tak kena keadaan. Tapi bila berbunga boleh lawan cempaka wali dari segi keharuman. Antara beberapa pohon jenis menjalar di halaman dan perlukan lebih perhatian supaya elok tumbuhnya.
16. Bunga Tongkeng
Nama Tempatan: | Bunga Tongkeng |
Nama Saintifik: | Telosma Cordata |
Nama Lain: | bunga stokin, Chinese violet, Fragrant Telosma, Tonkin jasmine |
Bunga memula jumpa di Amcorp Mall tapi malangnya yang itu dah mati mungkin fasal jenis terlindung sebelum ini. Yang ada sekarang dibeli di nursery biasa dan lebih tahan.
17. Bunga Peridi
Nama Tempatan: | Bunga Peridi |
Nama Saintifik: | Lonicera japonica |
Nama Lain: | Japanese honeysuckle |
Bunga menjalar yang perlukan banyak air untuk penumbuhan. Salah satu bunga berwarna kuning seperti bunga tonkeng untuk mempelbagaikan warna taman.
18. Bunga Jambangan Pengantin
Nama Tempatan: | Bunga Jambangan Pengantin |
Nama Saintifik: | Stephanotis floribunda |
Nama Lain: | Bridal Bouquet |
Bunga menjalar terbaru diperolehi. Nampak macam boleh buat menjalar cantik tapi kita tengok nanti.
19. Akar Dani
Nama Tempatan: | Akar dani |
Nama Saintifik: | quisqualis indica L. |
Nama Lain: | udani,aradani,akar pontianak,setanduk, rangoon creeper, chinese honeysuckle |
Raja bunga harum menjalar di taman. Juga bunga kegemaran arwah Pak Mertua dahulu dan ada tiga pohon membentuk pergola di laman
20. Cempaka Putih
Nama Tempatan: | Cempaka |
Nama Saintifik: | Michelia champaca Alba |
Cubaan pertama menyimpan pohon yang biasanya akan membesar tinggi tetapi dikatakan ini versi renek. Kita tengok camana tapi memang renek lagi dah berbunga.
21. Bunga Gardenia Cape Jasmine
Nama Tempatan: | Cape Jasmine |
Nama Saintifik: | Gardenia jasminoides |
Bunga Gardenia yang besar tetapi jarang nak tumbuh. Keharuman yang menarik dan lembut.Spesis sebenar sedang dikaji fasal baru dibeli dan penjual pun tak pasti.
22. China Inkberry
Nama Tempatan: | China Inkberry | ||
Nama Saintifik: | cestrum diurnum | ||
Nama Lain: | Day Jessamine, Day Cestrum, White Chocolate Jasmine |
Pembelian terkini sementara menantikan pasangan malamnya lady of the night atau Night Cestrum. Wangi memang memukau.
23. Sundal Malam Kampung
Nama Tempatan: | Sundal malam kampung |
Nama Saintifik: | cestrum nocturnum |
Nama Lain: | Night Jessamine, Santalia, Lady of the night |
Sudah dapat tag team partner malamnya. Jadi yang siang akan bersilih ganti malam hendaknya | |
Nama Tempatan:Tiada
| |||
Pembelian pelengkap spesis yang sudah ada dalam taman. |
25. Kenanga Kampung
Nama Tempatan: | Kenanga Kampung |
Nama Saintifik: | Cananga Odorata |
Nama Lain: | Kenanga Pokok, Ylang-ylang |
Alhamdulillah dapat juga akhirnya. Terserlah bauh zaman mudaku di Ipoh.
26. Gardenia Thai
Nama Tempatan: | Gardenia Thai |
Nama Saintifik: | Gardenia gjellerupii |
Alhamdulillah gambar bunga sulung di taman sudah ada. Semoga banyak lagi bunga bakal berputik. insyaAllah.
27. Bakawali II
Nama Tempatan: | Bakawali Baka Indonesia | |||||||||
Nama Saintifik: | Epiphyllum anguliger | |||||||||
Nama Lain: | ric rac cactus,moon cactus, queen of the night |
Bakawali jenis kedua berbunga. Ada satu lagi muda lagi/ Tapi yang ni memang lawa betul.
28. Gardenia
Nama Tempatan: | Tahiti Gardenia |
Nama Saintifik: | Gardenia taitensis |
Satu lagi jenis gardenia yang akhirnya berbunga selepas beberapa tahun menunggu. Kurang pasti varietal apa kerana bunga sulung ni seperti tidak sempurna kembangnya walaupun amat wangi. Nota : Selepas kajian dibuat jumpa dah nama spesis.
29. Mayang Sari
Nama Tempatan : | Bunga mayang sari |
Nama Saintifik: | Citharexylum spinosum |
Nama Lain: | Benang sari,Jamaican fiddlewood, bunga sari, bunga harum sundal malam, bunga sedap malam,spiny fiddlewood |
Famili: | Verbenaceae |
Lokasi dijumpai: | Tumbuhan hiasan |
Asal: | India Barat |
Pokok bunga mayang sari yang menghasilkan gugusan bunga putih berbau wangi terutamanya pada waktu malam rajin berbunga hampir sepanjang tahun. Sukakan kawasan yang menerima pancaran matahari yang banyak untuk menghasilkan bunga. Lama mencari tapi sekali dapat dua pasu sekali.
30. Gardenia Rose.
Nama Tempatan: | Gardenia Mawar |
Nama Saintifik: | Gardenia veitchi |
Terjumpa di Seremban spesis yang menyerupai ros tetapi senang dibeli. Bagi saya lagi harum dari ros dan tidak leceh membelanya. Beza cuma bilah dah tua ia juga bertukar kuning macam gardenia lain.
Lain-lain bunga akan ditambah bila tiba masanya.
1 comment:
Perghhh
TBJ
Post a Comment