Lemas ke masjid
Oleh Ahmad Fitri Che Musaam@hmetro.com.myBENTONG:
“Saya terharu dan sebak terkenangkan kata-kata arwah bahawa dia terlalu rindukan masjid selepas dua hari tidak bersolat di rumah Allah itu sehingga sanggup mengharung banjir walaupun tahu air bah belum surut sepenuhnya.“Dalam dua hariitu, arwah resah dan tidak senang duduk kerana selama ini dia tak pernah terlepas untuk bersolat Subuh di masjid kerana itu rutinnya setiap hari,” kata Shamsiah Chik, 66, isteri kepada warga emas, Madin Mat Kilau, 75, yang lemas diKampung Mempateh, Lanchang di sini, semalam.Difahamkan, arwah Madin dalam perjalanan ke Masjid Kampung Mempateh sebelum dihanyutkan air deras selepas cuba mengharung banjir yang menenggelamkan jalan sepanjang 300 meter dari masjid berkenaan.Banjir itu berpunca daripada air Sungai Semantan di kampung berkenaan yang melimpahi tebing selepas hujan lebat tanpa henti sejak beberapa hari lalu.
Menurut Shamsiah, pada pagi kejadian, arwah mengejutkannya untuk memberitahu dia mahu melihat keadaan banjir di kawasan masjid kerana hujan sudah berhenti dan mendakwa dia mendengar desas-desus banjir sudah mulai surut.Katanya, arwah juga menyatakan hasratnya untuk bersembahyang Subuh di masjid jika banjir sudah surut kerana sudah lama tidak ke sana dan sangat rindukan rumah ibadat itu.“Walaupun tahu keadaan banjir masih teruk, saya tidak dapat menahan kemahuan arwah kerana faham perangainya dan tiada sesiapa menghalangnya ke masjid.“Saya tidak nampak perubahan pada arwah dan dia kelihatan biasa, kecuali beria-ia benar mahu ke masjid sedangkan waktu itu baru jam 5 pagi,” katanya.Shamsiah berkata, dia mula tidak sedap hati apabila suaminya tidak pulang ke rumah seperti kebiasaannya walaupun sudah jam 7 pagi lalu menyuruh menantunya mencarinya di kedai makan di kampung itu.“Kami mencarinya di dua kampung berhampiran dengan harapan dia mungkin mengikuti rakannya bersarapan atau menjaring ikan. Kami turut meninjau parit besar sekitar jalan kerana bimbang dia terjatuh ke situ, tetapi gagal menemuinya.“Hati saya semakin gusar apabila ternampak motosikalnya diletakkan di bawah jambatan dan ketika itu, hati saya mula mengesyaki sesuatu tidak baik berlaku padanya,” katanya.Difahamkan, sebelum kejadian mangsa meletakkan motosikalnya di bawah jambatan tidak jauh dari tempat dia terjatuh dalam arus air deras ketika cuba memeriksa paras air di situ.Jenazah Madin ditemui jam 9 pagi, 150 meter dari masjid Kampung Mempateh oleh jirannya, Roslan Mohd Dani, 38, yang meredah air bah itu menggunakan bot untuk mencari mangsa.“Sebaik melihat Roslan membaringkan arwah di atas jalan, saya tidak dapat menahan air mata, namun berasa lapang kerana pemergiannya ke rahmatullah ketika dia dalam perjalanan ke untuk melakukan ibadah.Sementara itu, Roslan yang menunjukkan tempat dia menemui jenazah Madin kepada Harian Metro petang semalam berkata, dia segera meminjam bot daripada rakannya dan bergegas ke tempat kejadian sebaik mendapat tahu penduduk kampung sedang mencari arwah.“Saya bersama rakan mendayung bot untuk mencari arwah. Kami berharap dia selamat kerana tak sanggup kehilangannya yang sudah lama berjiran dengan saya sekeluarga.“Apabila melihat seliparnya terapung, saya sebak sehingga menitiskan air mata kerana berasakan sesuatu tidak diingini berlaku,” katanya.Menurutnya, dia terpaksa menyelam ke dalam air banjir sebelum menemui arwah di dasar di bawah seliparnya yang terapung.“Jenazahnya dalam keadaan sempurna dan kelihatan tenang walaupun beberapa jam di dasar air,” katanya yang mendengar cerita penduduk kampung arwah ada memberitahu dia terdengar azan di masjid sebelum ke sana.Jenazah Allahyarham Madin dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Chempaka, Lanchang jam 4 petang semalam.
Here In My Home - Malaysian Artistes For Unity
Friday 14 December 2007
InsyaAllah Aku Akan Jadi Begini Satu Hari Nanti! Amin!
Saya bukannya seorang yang Alim dan mengaku beribadah pun sekadar ala-kadar sahaja. Dosa memang banyak tetapi saya berharap macamanapun mizan saya tetap akan seimbang apabila ditimbang kelak. Jadi saya terharu membaca akan CintaNYA seorang mukminin ini akan masjid sehingga dia terkorban demi rindunya dia untuk beribadah di sana. Semoga dia dikira sebagai syahid dan dilepaskan seksa kubur dan dikumpulkan bersama Syahidah di sana. Al-Fatihah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
terjumpa artikel ini..sy adlah adik kepada roslan bin mohd dani yg menjumpai mayat yg sy gelar aki madin tersebut..abg sy juga (roslan) telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya di genting sempah baru-baru ini. beliau meninggal dalam perjalanan berulang alik dr kuala lumpur ke kg mempateh kerana mempunyai dua tugas iaitu imam di masjig kg mempateh dan bekerja membawa lori di kuala lumpur..al fatihah kepada beliau.
Post a Comment