Here In My Home - Malaysian Artistes For Unity

Showing posts with label gulai. Show all posts
Showing posts with label gulai. Show all posts

Wednesday, 16 May 2007

Makanan Yang Ku Rindu - Gulai Warisan

Ini pulak cerita masakan malaysia, basically dari perak yang susah aku nak jumpa yang best punya lagi. First of mestilah masakan agung negeri perak yakni besamah ataupun pesamah. Yang aku heran tu ramai jugak orang perak tak tau amende besamah ni, diaorang cuma tahu rendang tok ja. No wonderlah masakan ni makin pupus sampai ada orang cakap aku kat board perak forum cari bahawa tempat dia jumpa besamah ni kat majlis kenduri-kendara aja. Rugi2 dan aku lagi rugi fasal yang ni memang confirm mak aku dah lupa cara memasak dan wife aku kena modify resipi yang dia dapat dari mak aku dengan bantuan akak aku, barulah dapat balik hampir semua rasa original dia. Versi yang ditunjukkan oleh gambar ni hanya dibuat dari daging dan bagi aku agak berminyak sedikit. Mak aku punya version kering sikit dan kurang berminyak sambil berwarna lebih gelap. Ini kerana biasanya kami akan mencamporkan samada lempong/paru,hati lembu atau limpa tapi limpa tu susah sikit nak dapat. Besamah ni jugak boleh disimpan di dalam peti ais di mana lagi lama disimpan lagi mesra rasanya. Kalau yang dah disimpan ni aku suka buat sandwich roti, pergh rasanya memang best.





Satu lagi jenis gulai pusaka yang aku nostalgiakan aku sendiri tak pasti nama sebenarnya. Periksa buku2 resepi wife aku nampak macam opor tapi rupanya lain sikit fasal gulai ni lebih berupa macam gulai kuning. Kitaorang macamanapun panggil gulai ini sebagai gulai opah fasal arwah opah aku memang terer buat gulai ni. Macam aku cakap gulai ni secara asasnya macam opor ayam tapi cara membuat macam gulai cili api tanpa cili api. Cuma instead of cili api, kita guna serbuk buah keras untuk memekatkannya tapi tak adalah sepekat opor maupun khurma dan tidak berempah. Kami memang gunakan ayam dan kepingan kentang sebagai inti dicampur cili merah dibelah sebagai hiasan tapi selain dari itu rasanya cuma bersandarkan serbuk kunyit, lengkuas dan buah keras sebagai perasa. Gulai ini menjadi comfort food keluarga kami dan kebetulan family wife aku pun ada resepi yang lebih kurang so wife aku cuma perlu modify sikit ikut citarasa kitaorang. Seperti soto medan dalam bab sebelum ini, kuah gulai ini juga aku kekadang makan begitu saja atau dicicah dengan roti tapi paling best makan memanglah dengan nasi.

Photo Below With Compliments to to Silvie Gill
Bercakap fasal resepi family wife aku, satu gulai yang aku suka yang mak mertua aku buat ialah gulai pindang dagingnya tapi cuma dapat diperolehi waktu hariraya ataupun bila ada cucunya balik kampung dari luar negeri. Memang mencari deme akan gulai ini terutama waktu hariraya fasal ia dimakan bersama nasi impit ataupun lemang. Tapi aku biasa balik sebelum raya so aku dapat makan dengan nasi waktu berbuka siang-siang lagi. Gulai pindang ini secara asasnya ialah gulai berempah tapi bukan seperti kari biasa maupun rendang basah. Aku memang tak pernah jumpa kat mana-mana kedai dan sebelum aku kahwin dengan wife aku aku ingat telur aja yang berpindang . Jadi aku bersyukur jugaklah aku dapat merasakan masakan ini sebelum ia hilang dari warisan kita dan Alhamdulillah bagi gulai-gulai orang Melayu ini, masih banyak jenis yang tetap diperjuangkan iaitu masih biasa terdapat dijual di kedai-kedai makanan umum. Walaubagaimanapun, aku masih merasakan yang masih ada gulai-gulai warisan yang telah lenyap dihanyut usia tanpa kita sedari.

Makanan Yang Ku Rindu - Citarasa Sumatera

Tidak seperti makanan minang, masakan mandailing memang teramat sukar nak jumpa di mana-mana kedai makan kat Malaysia ni. Jadi kalau aku rindukan nak makan yang aku gemarkan, terpaksalah aku suruh isteri aku masak atau bila balik kampung, mak aku masak. Tapi terus-terang aku cakapkan yang rasa masakan tu adalah kurang sikit bagi aku fasal mak aku pun dah ingat-ingat lupa akan ramuannya, so bini aku pun mungkin resepi dia belajar kat mak aku tak lengkap.
Benda pertama aku paling miss ialah gulai daun ubi tumbuk. Orang pulau jawa cakap singkong tumbuk. kalau tengok kat tenet memang ramai orang perkatakannya dan siap puji-memuji lagi, tapi semua cerita kedai kat indonesia daa. Meleleh air liur teman.. Tidak seperti gulai daun ubi biasa, cara sebegini cukup best kalau makan 'semalam punya' ala-ala kari mamak fasal semua bahan-bahannya dah meresap ke dalam daun ubi tu. Lagipun setelah ditumbuk, komposisi dan rasa daun ubi tu dah berubah dan tidak seperti gulai daun ubi biasa, tidak terasa bergetah pada tekak aku. Kalau dicampur dengan ikan masin lagi power tapi mimpilah nak jumpa kat kedai makanan kat sini.

Satu masakan yang mak aku selalu sediakan untuk persediaan bulan puasa ialah daging dendeng. Jangan silap ini bukan macam daging masak dendeng minang tu, tapi the real indonesian dendeng iaitu daging berempah dikeringkan kat bawah cahaya matahari. Kalau orang putih panggil beef jerky tapi no way as nice as this dendeng. Daging ni boleh tahan lama kalau disimpan elok-elok dalam peti ais. Bila nak di makan, boleh digoreng biasa dengan bawang maupun di goreng berlada, ikut selera at the time. Jangan lupa, ia pembuka selera tapi aku suka goreng biasa lebih kurang macam dalam gambar ni aja.

Cara biasa Soto Medan dihidang

Next aku akan bercerita fasal soto medan. Soto ini pada asasnya adalah sup daging campur tapi yang membuatkannya istimewa ialah adunan rempahnya yang terdiri dari ketumbar, jintan dan yang speselnya serbuk buah keras yang ditumbuk. Jadi instead of berwarna cerah, warnanya menjadi kuning-kekuningan sedikit especially version family aku yang tambah hirisan biji kentang, kunyit ditumbuk di samping sedikit serbuk kunyit. Isinya boleh tepuk dada tanya selera, ada orang buat cuma ayam atau daging lembu tapi bagi kitaorang biasanya guna daging tetel, limpa, perut babat sebelum ditabur lampung(paru) goreng. Lepas tu buat sambal cuka cili padi untuk dimakan bersama rasanya kaw kaw aja. Biasanya dimakan dengan nasi tapi kitaorang biasa lepas makan betul tu still akan makan semangkuk atau dua lagi macam tu aja. Itu yang mak kitaorang selalu marah fasal sebelanga pun silap2 tak cukup sampai malamThose were the days.


Last aku akan tulis fasal lampung goreng di mana mak aku biasa masak dengan ketumbar. Basic recipe ada kat bawah tu tapi yang buatkan bagi aku kasi ummmph in paru or lempong as we call it ialah tambahan gula fasal bila digoreng ia kan caramelise dan menambahkan kelazatan dan kerangupan lempong tu. Memang menjilat jari weh. Tapi kalau nak tukar selera boleh jugak tambah sambal cili bila digoreng tapi itu kitaorang paru goreng berlada. Ini ha resepinya tapi dalam bahasa indonesia eh..

LEMPONG GORENG KERING
Bahan-bahan :
1 1/2 kg paru sapi
1500 ml air
1 sdm garam untuk merebus
Minyak untuk menggoreng secukupnya.
Bumbu yang dihaluskan:
5 siung bawang putih
3 cm kunyit
1 sdm ketumbar
2 cm lengkuas
1 sdt garam dan lada hitam
200 ml air untuk melarutkan
Cara Membuat:
Rebus paru dengan 1500 ml air dan garam hingga paru empuk.
Dinginkan paru kemudian potong tipis-tipis.
Larutkan bumbu dengan air, masukkan potongan paru ke dalam larutan bumbu hingga tercampur rata.
Goreng paru dalam minyak yang belum begitu panas hingga paru kering, lakukan hingga selesai.