Here In My Home - Malaysian Artistes For Unity

Wednesday, 16 May 2007

Makanan Yang Ku Rindu - Gulai Warisan

Ini pulak cerita masakan malaysia, basically dari perak yang susah aku nak jumpa yang best punya lagi. First of mestilah masakan agung negeri perak yakni besamah ataupun pesamah. Yang aku heran tu ramai jugak orang perak tak tau amende besamah ni, diaorang cuma tahu rendang tok ja. No wonderlah masakan ni makin pupus sampai ada orang cakap aku kat board perak forum cari bahawa tempat dia jumpa besamah ni kat majlis kenduri-kendara aja. Rugi2 dan aku lagi rugi fasal yang ni memang confirm mak aku dah lupa cara memasak dan wife aku kena modify resipi yang dia dapat dari mak aku dengan bantuan akak aku, barulah dapat balik hampir semua rasa original dia. Versi yang ditunjukkan oleh gambar ni hanya dibuat dari daging dan bagi aku agak berminyak sedikit. Mak aku punya version kering sikit dan kurang berminyak sambil berwarna lebih gelap. Ini kerana biasanya kami akan mencamporkan samada lempong/paru,hati lembu atau limpa tapi limpa tu susah sikit nak dapat. Besamah ni jugak boleh disimpan di dalam peti ais di mana lagi lama disimpan lagi mesra rasanya. Kalau yang dah disimpan ni aku suka buat sandwich roti, pergh rasanya memang best.





Satu lagi jenis gulai pusaka yang aku nostalgiakan aku sendiri tak pasti nama sebenarnya. Periksa buku2 resepi wife aku nampak macam opor tapi rupanya lain sikit fasal gulai ni lebih berupa macam gulai kuning. Kitaorang macamanapun panggil gulai ini sebagai gulai opah fasal arwah opah aku memang terer buat gulai ni. Macam aku cakap gulai ni secara asasnya macam opor ayam tapi cara membuat macam gulai cili api tanpa cili api. Cuma instead of cili api, kita guna serbuk buah keras untuk memekatkannya tapi tak adalah sepekat opor maupun khurma dan tidak berempah. Kami memang gunakan ayam dan kepingan kentang sebagai inti dicampur cili merah dibelah sebagai hiasan tapi selain dari itu rasanya cuma bersandarkan serbuk kunyit, lengkuas dan buah keras sebagai perasa. Gulai ini menjadi comfort food keluarga kami dan kebetulan family wife aku pun ada resepi yang lebih kurang so wife aku cuma perlu modify sikit ikut citarasa kitaorang. Seperti soto medan dalam bab sebelum ini, kuah gulai ini juga aku kekadang makan begitu saja atau dicicah dengan roti tapi paling best makan memanglah dengan nasi.

Photo Below With Compliments to to Silvie Gill
Bercakap fasal resepi family wife aku, satu gulai yang aku suka yang mak mertua aku buat ialah gulai pindang dagingnya tapi cuma dapat diperolehi waktu hariraya ataupun bila ada cucunya balik kampung dari luar negeri. Memang mencari deme akan gulai ini terutama waktu hariraya fasal ia dimakan bersama nasi impit ataupun lemang. Tapi aku biasa balik sebelum raya so aku dapat makan dengan nasi waktu berbuka siang-siang lagi. Gulai pindang ini secara asasnya ialah gulai berempah tapi bukan seperti kari biasa maupun rendang basah. Aku memang tak pernah jumpa kat mana-mana kedai dan sebelum aku kahwin dengan wife aku aku ingat telur aja yang berpindang . Jadi aku bersyukur jugaklah aku dapat merasakan masakan ini sebelum ia hilang dari warisan kita dan Alhamdulillah bagi gulai-gulai orang Melayu ini, masih banyak jenis yang tetap diperjuangkan iaitu masih biasa terdapat dijual di kedai-kedai makanan umum. Walaubagaimanapun, aku masih merasakan yang masih ada gulai-gulai warisan yang telah lenyap dihanyut usia tanpa kita sedari.

1 comment:

Sylvie Gill said...

hi, i am the owner of the last picture on the bottom of your post. kindly please make a link that the picture/photo belongs to me or, kindly please remove it. thank you.