Semalam seperti biasa aku melekat kat simpang sebelum aku dapat masuk jalan short cut ke area rumah aku. So biasalah, dari kedudukan MPV aku yang tinggi tu mulalah radar aku berpusing sekeliling kut ada benda best aku boleh tengok sambil memerhatikan incoming mat rempit yang walau bagaimana sempit nak juga mencelah antara kereta-kereta. Dah serik aku dah keter kena calar dan aku dapati kalau depa perasan aku perati kat cermin, tiba2 jadi santun pulak. Kalau tidak setan.
Anyway semalam ada dua aja benda yang tarik perhatian aku. Satu tu awek cun pakai jeans dan t-shirt ketat yang menjadi pemandangan biasa tapi yang buat aku tertarik ialah dia non-stop bercakap kat tepon dia tu sambil mengesot2 keternya apabila keter bergerak. Kalah stockbroker gayanya. Apalah kalau bercakap dengan boy pun takkan sambil makan jam. Jenis ni aku paling takut kalau kebetulan aku ada kat belakang dia, memang aku pintas kalau dapat. Yang herankan aku selalu, apasal orang2 macam ni tak pernah kena saman dek polis. Ada ilmu kebal ke apa.
Tapi yang lebih menarik ialah satu awek bertudung ni bawak keter kelisa merah dengan stiker P tertampal. Bukan, bukan dia tak pandai bawak keter tapi terlebih terer bawak keter. Macamana tak terer sepanjangan jam tu sampai simpang lagi satu, aku nampak ada lembaga melabuhkan kepalanya ke atas pangukan lemboyak atau pubis areanya cakap orang putih. Mula-mula aku tengok aku ingat kut anaknya fasal kebetulan lembaga tu berbaju putih, jadi mungkin kurang sihat dan sedang menagih manja dengan maknya. Tapi bila aku teliti, setan mula berbisik kat telinga aku ni nampak lain macam ajanya. Tapi fasal dah senja dan keadaan memang malap, sampai habis aku kurang pasti lembaga tu jantan ke betina tapi aku garenti bukan anak dia fasal minah tu muda belia lagi. Tapi terus-terang aku cakap aku fikirkan betina ikut raut tubuh badan dia. Ini kes sudah jadi lebih terer dari apa yang ada dalam video 3gp minah tudung yang selalu terpapar kat tenet tapi sorila wa pakai henpon murah aja, tada kamera da. So biarlah menda ni jadi misteri fasal mungkin tuhan pun nak kurangkan prasangka kita terhadap keaiban orang bertudung kerana begitu ramai sekarang ni yang berselindung di sebaliknya. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment