Kredit Kepada Standupper Dari Cari.
KAPAL AUXILIARY TLDM BUNGA MAS 5 BELAYAR KE TELUK ADEN
- BUKTI KERJASAMA STRATEGIK TLDM DAN MISC
LUMUT, 22 Jun – Kerjasama dan perkongsian strategik di antara TLDM dan MISC kini direalisasaikan dengan pelayaran Kapal Auxiliary Bunga Mas 5 (BM 5) ke Perairan Teluk Aden pagi ini.
Perkongsian strategik ini menggabungkan kekuatan pasukan tetap ATM yang terdiri daripada anggota TLDM, TDM dan TUDM dengan krew BM 5 yang telah diserapkan ke Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) untuk melaksanakan operasi menjaga keselamatan kapal-kapal dagang Malaysia yang berkepentingan di Perairan Teluk Aden.
Pengoperasian Kapal BM 5 telah melakar sejarah tersendiri apabila pertama kali di Malaysia sebuah kapal dagang ditransformasikan menjadi sebuah kapal Auxiliary TLDM bagi merealisasikan hasrat dan impian negara khususnya ATM dalam mengamalkan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) sepertimana yang terkandung dalam dasar Pertahanan Negara.
BM 5 bersaiz 132.8 meter panjang dan berkelebaran 22.7 meter berupaya beroperasi dalam kelajuan lebih 17 knot. Kapal Auxiliary ini turut dilengkapi dengan hangar bagi menempatkan pesawat SUPER LYNK dan juga Bot Tempur milik TLDM untuk melaksanakan operasi defensif mahupun ofensif jika diperlukan.

Untuk tempoh 3 bulan pertama, BM 5 diletakkan di bawah Pemerintahan Komander Ahmad Zaki bin Abdullah PSSSTLDM. Kapal memulakan pelayaran dari Jeti Operasi Pangkalan TLDM Lumut pada jam 8.10 pagi ini bersama 59 anggota kapal yang terdiri daripada 21 orang krew tetap kapal yang telah diserap dan dilatih sebagai PSSTLDM dan diperkuat dengan kehadiran Tim Pasukan Khas Laut (PASKAL), Krew Pesawat SUPER LYNK milik TLDM, anggota dari Tim Perubatan TDM termasuk anggota penembak tepat dari Tim GGK dan Tim Pasukan Khas Udara (PASKAU).
Siri kejayaan Operasi Fajar yang dilaksanakan oleh TLDM sebelum ini telah terbukti di mana tiada kapal MISC ataupun kapal berkepentingan kepada negara yang dirampas sepanjang operasi dilaksanakan sejak Ogos 2008. Sehingga kepulangan KD SRI INDERAPURA untuk penugasan kali kedua di Teluk Aden, yang dijangka tiba di Pangkalan TLDM Lumut tengahari esok ( 23 Jun), TLDM telah menugaskan 5 buah kapal TLDM di Perairan Teluk Aden sejak bermulanya misi pada Ogos 2008.
Bagi menangani cabaran kekangan aset TLDM dan juga kos pengoperasian yang tinggi, konsep kerjasama strategik di antara TLDM dan MISC dihasilkan. Perkongsian strategik dengan menyerapkan salah satu kapal MISC ke dalam inventori TLDM bagi melaksanakan penugasan operasi ini, merupakan satu langkah bijak dan penyelesaian jangka panjang terhadap keselamatan aset dagangan negara. Kehadiran kapal Auxiliary yang telah dipertingkatkan keupayaannya ini, diyakini dapat memastikan kepentingan aset maritim Negara di perairan Teluk Aden tidak diancam.
Panglima Armada, Laksamana Madya Dato’ Ahmad Kamarulzaman bin Haji Badaruddin hadir menyampaikan amanat dan kata-kata semangat serta peransang kepada krew BM 5 sewaktu mengucapkan selamat belayar dan bersama mengiringi kapal keluar hingga di Perairan Barat Pulau Pangkor pagi tadi. Beliau hadir dan pulang dari kapal BM 5 menggunakan pesawat TLDM. Dalam ucapan beliau, Panglima Armada turut menekan dan mengingatkan mengenai kepentingan pelayaran ini kepada aset maritim negara di Perairan Teluk Aden.
BM 5 dijangka beroperasi di Perairan Teluk Aden selama 3 bulan sehingga penghujung September 2009 ini. Turut mengiring BM 5 di Perairan Pulau Pangkor pagi tadi ialah aset baru dalam inventori TLDM, KD PERAK.
No comments:
Post a Comment