Here In My Home - Malaysian Artistes For Unity

Wednesday, 16 May 2007

Makanan Ku Rindu- Salad Nusantara

Kali ni biarkan aku bercerita pula tentang masakan sayur kita yang berkuah atau lebih tepat ditambah sos berasas kacang yang walaupun pada dasarnya patut mudah disediakan tapi amat sukar untuk dijumpa dalam bentuk atau ramuan yang asli. Benda pertama aku nak ceritakan ialah fasal pecal yang biasa terdapat kat kedai-kedai kita. Bagi aku kebanyakanya mengarut dan tak layak dipanggil pecal. Yang sedihnya biasa yang ori cuma boleh didapati kat restoran2 hotel aja. Kenapa gamaknya? Jawapannya mudah aja. Fasal bumbu benda ni banyak bahan dan mungkin melebihi harga boleh dijual, ramailah ambil jalan mudah buat ala-ala kadar dengan mengurangkan bahan. Janji ada rupa sudahlah. Kalau mak aku buat memang cukup rasa, gula melaka dan belacan mesti ada disamping kacang mestilah ditumbuk. Jadi bumbu yang mak aku buat mesti jadi likat atau shiny cakap orang putih. Rasanya tak payah cakapla dan bila dibuat kuah pekat dan menyelerakan. Cuba korang tengok gambar sebelah ni, lebih kurang begitulah rupa pecal ori yang mak aku buat. Cuba banding dengan yang selalu kita dapat. Sedihkan. Bila digaul dengan ulam-ulam ikut selera masing dan lepas tu ditabur keropok yang dah dihancurkan, bestnya bukan main. Aku juga suka gunakan kuah pecal ni sebagai cicah atau dip untuk keropok ikan. kalau setakat kuah pecal biasa tu lupakanlah fasal mesti tak jadinya nak jadi cukup pekat nak dijadikan cicahan. Cuma aku sedih sedikit buat waktu ini bini aku belum ambik ilmu buat pecal ni fasal side family dia kurang makan, cuma pak mertua yang keturunan jawa aja suka. Tu aku kesian bila sekali-sekala aku jumpa pecal best untuk ditapau, biasanya kami berdua berlumba-lumba menghabiskan pecal tu.
Lepas ni aku akan cakap fasal satu lagi bahan makanan berasaskan kacang iaitu gado2 tapi aku terpaksa mengaku yang keluarga aku memang dah lama tak buat dan memang tinggal sebagai a distant childhood memory. Yang aku ingat gado-gado yang keluarga aku buat dulu agak elaborate dengan bermacam bahannya. Gado-gado ini bolehlah juga diumpamakan seperti pasembor mamak cuma rasa dan persediaannya yang berbeda di mana gado-gado tidak menggunakan cucur. Kat KL ni gado-gado yang pernah aku jumpa yang mirip dengan cara mak aku buat ialah di Natrabu dekat Sentral, tapi aku tak pasti restoran ini beroperasi lagi ke tidak. Restoran Sundanese pun ada juga gado-gado ni tapi versi mereka versi sunda yang bagi aku memang berlainan dari gado-gado sumatera yang family aku buat.Selain dari dua restoran ini gado-gado memang sukar nak jumpa, mungkin fasal penyediaanya tidak memihak kedai-kedai makanan minang kerana berbanding pecal yang memang lebih popular, ramuannya tidak tahan lama atau cepat basi. Keluarga kami ada juga versi gado-gado mudah yang kami panggil salada yang cuma menggunakan daun salad, tahu goreng dan kuah sahaja.

Percaya atau tidak tauhu juga menjadi masakan kegemaranku bila dijadikan tauhu goreng tapi jangan dikelirukan dengan tauhu goreng sumbat maupun tauhu bakar, walaupun ada tempat yang gunakan kuahnya yang dipekatkan sebagai sos tauhu bakar. Sos ini basically dibuat dari petis, gula melaka, kacang ditumbuk, cabai dan lain-lain lagi. Tapi seperti biasalah tauhu goreng yang aku pernah jumpa kat KL ni menggantikan gula melaka dengan gula pasir semata-mata lalu mencacatkan rasanya. Jadi kicknya kuranglah! Walaubagaimanapun, aku terkejut juga yang kedai nasi ayam si Linda Onn ada menyediakan masakan ini fasal waktu pertama aku order dulu, aku ingatkan dia buat stail tauhu bakar. Tapi bila sampai, terkejut aku yang rupa-rupanya memang seperti yang aku idamkan. Masalahnya bagi aku dengan cara diaorang ialah mereka tak ada kuih cucur macam kuih rojak buah cina dan ikut cawangan mana korang makan, ada yang buat kuahnya mak ai pedas benar dan kurang manis, so tak ada umph! Satu lagi tempat yang aku pernah jumpa ada jual tauhu goreng ni ialah di medan selera Great Eastern Mall tapi rasanya walaupun boleh tahan, lebih tawar dari di kedai Linda Onn dari segi pedas dan manisnya fasal kuah tu nampak jenis eveready aja. Jadi aku dengan yakin boleh khabarkan yang bagi aku, tauhu goreng tersedap tetap yang keluarga aku buat fasal selain dari sosnya yang power, kitaorang tambah hirisan senkuang dan timun di samping kuih yang aku cakap tu.

Bagaimanapun kalau korang tak perasan, aku nak ketengahkan yang ketiga-tiga masakan di atas ini sebenarnya salad orang Melayu. Alah macam iklan Astro yang nenek tu cakap bukan ulam tapi salad.Terus-terang aku cakap, kalau aku boleh dapat mana-mana salad ini waktu aku makan, aku dengan senang hati akan tinggalkan masakan gulai, daging-maging dam masakan melayu lain yang menggemukkan aku macam doktor aku cakap. Ini kerana salad-salad ini tidak berapa sesuai dimakan dengan lauk-pauk itu. Cukup dengan ikan goreng, keropok, tempe goreng atau lain2 benda bergoreng sebagai saing lauk ini sudah cukup menyelerakan. Entahlah, masakan melayu sihat sebegini yang aku yakin kalau diketengahkan boleh menyaingi salad-salad mat salleh di arena antarabangsa diabaikan. Tinggallah aku menjamu selera dengan masakan melayu lain yang boleh menggemukkan. Tidak hairan kalau kita tanya kat doktor diaorang cakap masakan orang melayu tak baik untuk kesihatan apabila masakan sihat tapi leceh nak disediakan semakin dilupakan.

No comments: