Here In My Home - Malaysian Artistes For Unity

Thursday, 26 July 2007

Apa kejadahnya!

Saja aja mencarut fasal aku terkejut melihatkan budaya tomboy atau pengkid ni yang sebelum ni ku fikirkan sebagai amalan remaja pinggiran yang terkeliru akan keinginan mereka, sudah menular kepada golongan pertengahan. Yalah biasanya ku dengar golongan tomboy ni dapat pasangan kerana budak pompuan mentah terkeliru tu kononnya tak sanggup melayan jantan jati kerana risaukan kekasaran seorang lelaki dan percayakan bahawa seorang tomboy lebih memahami kehendak mereka sebagai kaum hawa., jadi mereka rela menjadikan tomboy sebagai teman lelaki. Tapi kalau betul seperti satu kes yang sedang dibicarakan, tomboy pun boleh gomol korang jugak walaupun dia mengaku khunsa. Kalau iblis boleh pesong dia itu sampai dia ada krisis identiti, apa sangat la iblis nak pesongkan supaya melakukan benda yang tak senonoh kan. Baik korang cari mamat lembut untuk jadi pasangan, janji bila keadaan bersesuaian alat dia tetap gagah. Tak ada identiti krisis dan tak melanggar hukum alam maupun mengikut budaya kaum Nabi Lut.

Ini definisi pengkid ni berdasarkan satu website diaorang :

ð Tubuh badan seperti lelaki.

ð Berambut pendek (ada juga yang berambut panjang tetapi mengikut style lelaki)

ð Bergaya seperti lelaki (pakaian,cara bercakap,cara hidup etc)

ð Membengkung payu dara (bind their breast)

ð Amat tertarik dengan wanita yang cantik

ð Menjalinkan hubungan dengan wanita sahaja (homoseksual)

ð Mempunyai ego sangat tinggi (bagi sesetengah pengkid)

ð Sesetengah pengkid tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka adalah perempuan.

Yang aku geramkan kan sekarang ni ialah aku ada terserempak dengan satu pasangan tomboy ni di mana kalau korang tengok si Tomboy dan tak perasan dia tu sebenarnya perempuan, sekali imbas mempamerkan imej sebagai ahli korporat lelaki yang berjaya dan bukan lagi boleh digelar pengkid. Perawakan dia memang segak sampai aku terpaksa pusing kepala nak confirm dia tu sebenarnya betina. Nasib baik tetek dia besar sangat sampai tak boleh nak betul-betul cover, jadi nampak jugaklah bengkak di tempat yang sepatutnya. Lagi aku heran pasangan dia pun kalau dilihat adalah wanita aku ulangi wanita bergaya, bukan budak ingusan. Jadi bagi aku masalah ni sudah mula berakar umbi jauh ke dalam masyarakat kita, dan jika dibiarkan berterusan akan mencacatkan masyarakat kita sebagai cara kehidupan alternatif yang sebenarnya racun masyarakat. Kalau takkan diaorang boleh tanya ini bukan satu jenayah seperti yang tertera dalam gambar ni. Maka gamitan salam ku lambaikan buat warga semua jabatan kemajuan agama maupun kementerian wanita dan kemasyarakatan, sedarlah sikit akan kepincangan masyarakat ini dan cuba selesaikan sebaik dan secepat mungkin. Bertindak menangani masalah ini lagi baik daripada korang buang masa mensensasikan isu remeh-temeh. Libatkan masyarakat umum dan sedarkan mereka untuk memerangi gejala ini agar tidak dibiarkan terus berkudis dan bernanah. Kaum wanita adalah tonggak masyarakat, kalau rapuh pasti roboh nanti. Sedarlah!

2 comments:

Anonymous said...

pengkid salah...maka seks bebas itu betul yek?

mumuchi said...

apa yang susah sangat nak faham..dua-dua pun salah, tak ada satu pun yang halal, comprende :>)